Lamborghini catat rekod jualan terbaik Q1 2022, lebih separuh daripadanya Urus!

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini berterusan merekodkan angka jualan yang memberangsangkan, di mana untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini (Q1 2022), Lamborghini mengumumkan pencapaian penjualan sebanyak 2,539 unit, atau peningkatan lima peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, menurut Lamborghini, pencapaian suku pertama tahun ini merupakan pencapaian yang terbaik yang pernah diraih bagi jenama Itali tersebut.

Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 8,405 unit kenderaan telah berjaya diedarkan, menjadikan tahun 2021 sebagai tahun jualan terbaik.

Rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah jualan, diikuti pasaran Amerika (32 peratus) manakala pasaran Asia Pasifik pula menyumbang sebanyak 28 peratus, melainkan pasaran Rusia di mana Lamborghini membuat keputusan untuk menghentikan operasi perniagaan mereka di sana.

Seperti yang dijangka, model Urus menyumbang kepada hampir 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, atau sebanyak 1,547 unit diikuti oleh model Huracan (844 unit) dan 148 unit Aventador yang sudah pun sampai ke penghujung kitaran produksinya.  

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…