Lamborghini catat jualan 43% lebih tinggi untuk 2019 - 8,205 unit

oleh HEZERI SAMSURI|
Lamborghini nampaknya sudah bertemu dengan resipi kejayaannya apabila mencatatkan kenaikan jualan dalam tahun 2019.

Syarikat Itali itu berjaya menjual sebanyak 8,205 unit kenderaan untuk 2019, berbanding dengan 5,750 unit bagi tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari itu, kadar perolehan oleh  Automobili Lamborghini S.p.A meningkat sebanyak 28 peratus untuk tahun 2019 - dari 1.42 kepada 1.81 billion Euro. Menurut Pengerusi dan CEO Lamborghini, Stefano Domenicali, ini ialah prestasi yang terbaik di dalam sejarah 56 tahun jenama itu.

Super SUV baharunya, Urus terus seperti dijangka akan mengungguli jualan. Sebanyak 4,962 unit Urus telah dijual, diikuti oleh 2,139 unit untuk Huracan V10 dan 1,104 unit Aventador V12.

Jumlah pekerja juga sudah meningkat kepada 1,787 pada penghujung 2019 dan ia kini mempunyai 165 wakil pengedar di 51 negara.

Untuk tahun 2020, Lamborghini akan mula menjual Huracan EVO V10 dan juga Lamborghini Sián FKP 37, super sportcar hibrid edisi terhad. 

Namun begitu, syarikat milik Kumpulan Volkswagen itu akur COVID-19 mungkin akan memberi kesan untuk tahun 2020.

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…