Lamborghini bakal tawarkan supercar, Urus pra-milik bermula tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki kereta baharu, sesetengah syarikat pengeluar menyediakan alternatif kenderaan pra-milik tersendiri yang lengkap dengan pakej waranti, dan sudah tentu dengan harga yang lebih berpatutan.

Jika syarikat kenderaan marhaen seperti Perodua mempunyai Pre-Owned Vehicle (POV), Toyota dengan jenama Topmark (sekadar menyebut beberapa contoh), tidak kurang menariknya apabila Lamborghini juga mempunyai khidmat tersendiri. 
 


Automobili Lamborghini memperkenalkan Selezione Lamborghini Certified Pre-Owned membolehkan para pembeli mendapatkan kereta Lamborghini pra-milik kegemaran mereka yang disahkan sendiri oleh pengedar bertauliah. 

Mahukan sebuah supercar Aventador? Atau SUV Urus?

Usah risau, kerana program ini meliputi keseluruhan model Lamborghini sedia ada asalkan setiap kenderaan memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti: 

  • Supercar - tidak melebihi 70,000 km dan usia tujuh tahun
  • SUV - tidak melebihi 100,000 km dan usia 10 tahun
  • Setiap kenderaan menjalani servis berkala yang telah termaktub di dalam buku manual
  • Lepas ujian 150 mata merangkumi bahagian luaran dan dalaman, serta ujian jalan sebenar.
     


Menurut Lamborghini, setiap kenderaan di bawah program Selezione didatangkan dengan jaminan minimum 12 bulan (boleh dilanjutkan kepada 24 bulan) dan boleh dipindah milik sekiranya kenderaan tersebut dijual kepada pemilik lain.

Jaminan ini meliputi alat ganti tulen dan kos buruh manakala bantuan tepi jalan pula akan diberikan ketika tempoh jaminan berlangsung. 

Bagi menambahkan pengalaman pemilikan yang memuaskan, Lamborghini menawarkan sesi pemeriksaan setiap enam bulan secara percuma!

Program Selezione Lamborghini Certified Pre-Owned ini akan meliputi pasaran global sepanjang tahun 2019 ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …