Lamborghini bakal perlihat dua model V12 tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik, nadi bentangan V12 nampaknya masih lagi belum menemui penghujung hayatnya apabila pengeluar supercar Lamborghini dilaporkan akan hadir dengan dua buah model yang dikuasakan oleh nadi tersebut pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan daripada Lamborghini, model Huracan STO akan disertai oleh dua buah model baharu yang menggunakan nadi ikonik V12, namun tiada sebarang perincian didedahkan berkenaan dua model yang dimaksudkan itu.

Terdahulu, Lamborghini telah pun mengesahkan model pengganti Aventador masih lagi menggunakan nadi bentangan V12 aspirasi natural yang dibantu dengan trenkuasa hibrid, dan ini mungkin merupakan petunjuk kepada model baharu yang diperkatakan itu.

Lamborghini juga mungkin sekali akan memperkenalkan sebuah lagi model berasaskan Aventador seperti model Sian yang dilengkapi dengan trenkuasa mild-hybrid yang mampu menghasilkan angka output 819 kuasa kuda, atau model one-off seperti Lamborghini SC20 yang diperlihatkan tahun lalu.

Atau mungkin sekali SUV Urus berkuasa V12?

Tunggu sahaja laporan lanjut daripada kami berhubung model terbaharu Lamborghini berkuasa V12 ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …