Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rozi Jusoh, berkata seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman api.
"Kita mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus di bahagian enjin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa dan forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.