Lamborghini Aventador SVJ - supercar terakhir dengan nadi kuasa V12 aspirasi natural

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Aventador SVJ yang telah diuji di litar Nurburgring tempoh hari telah menjadi kereta produksi terpantas mengelilingi litar lagenda tersebut dengan catatan masa 6 minit 44.95 saat.

Rekod tersebut meleburkan catatan masa yang dicatatkan sebelum ini oleh Porsche 911 GT2 RS dengan perbezaan hanya sekitar 2 saat sahaja.


 

Dengan rekod terbaharu yang dicatatkan oleh pengeluar supercar dari Itali itu, Aventador SVJ dijangka bakal mengakhiri era supercar bernadikan enjin bentangan V12, ini kerana generasi seterusnya bakal menampilkan sistem hibrid dengan bantuan tenaga elektrik pada sistem pacuan supercar akan datang. 

Berita ini turut disahkan oleh ketua R&D Lamborghini, Maurizio Reggiani menerusi temubual bersama Top Gear tempoh hari. 
 


Aventador SVJ menggunakan enjin terunggul daripada Lamborghini yang mampu menghamburkan percikan api dan runut bunyi yang mengghairahkan daripada paip ekzosnya hasil pembakaran 760 kuasa kuda di dalam enjin 6.5 liter bentangan V12 aspirasi natural. 

 


Selain daripada enjin yang berkuasa, Aventador SVJ turut menampikan perubahan pada casis dan rekaan garis badan yang dibina semula bagi memberikan aliran aerodinamik yang lebih berkesan dan daya tujahan bawah (downforce) yang lebih baik. 

 


Aventador SVJ juga dikatakan bakal mempunyai nisbah berat kepada kuasa sebanyak 1.98kg/hp, satu angka yang terbaik di dalam kelasnya. 

Selain daripada itu, supercar tersebut turut mempunyai sistem stereng roda belakang, sistem pacuan empat roda yang telah dipertingkatkan, serta roda stereng yang telah ditala kembali bagi memberikan pengendalian yang lebih jitu ketika di litar. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Minggu lalu, Bloomberg menyiarkan sebuah berita yang menyatakan bahawa pengeluar automotif Jerman…
Berita Global
Lamborghini bukanlah tidak pernah menghasilkan sebuah sedan, malah sebelum ini pengeluar dari San'…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkata rampasan terbesar di Lembah Klang untuk…