Lamborghini Aventador SV kena angkut sebab tak bayar cukai jalan!

oleh Mohamad Hanif|
Beli kereta mahal-mahal, tapi cukai jalan kedekut nak bayar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nasib malang menimpa seorang pemilik Lamborghini Aventador SV apabila dia ditahan oleh sebuah kereta polis BMW X5 yang tidak bertanda pada malam Sabtu yang lalu.

Setelah diperiksa, pemilik Lamborghini Aventador SV itu dilaporkan gagal membayar cukai jalan semenjak Ogos tahun lalu, menyebabkan pihak berkuasa bertindak menahan dan merampas supercar itu.

Menurut laporan daripada Yahoo News, kereta yang menghasilkan kadar emisi yang lebih banyak dikenakan bayaran cukai yang jauh lebih tinggi berbanding kereta yang lebih mesra alam, iaitu £2,175 (RM12,450) untuk tahun pertama diikuti £150 (RM859) untuk tahun berikutnya.

Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya kereta tersebut melebihi nilai £40,000 (RM228,963) dan di dalam kes ini, pemilik Lamborghini bernilai enam angka ini perlu menambah £325 (RM1,860) kepada bayaran sedia ada, menjadikan nilai cukai yang perlu dibayar adalah sekitar £475 (RM2,719) sahaja.

Ia bukanlah angka yang cukup besar, apatah lagi pemilik tersebut mampu untuk mendapatkan sebuah Lamborghini yang sangat mahal, dengan nilai anggaran £300,000 (RM1.72 juta) mengikut hantaran yang dibuat oleh Isle of Wight Police.