Lamborghini Aventador dengan kit badan lebar GT Evo dari Liberty Walk

oleh Mohamad Hanif|
Nama Liberty Walk tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut, pakar dalam membuat kit badan lebar dari Jepun itu sudah pun mempunyai reputasi tersendiri di kalangan para pemilik supercar berprestasi tinggi yang mahukan kereta super rendah dan cecah lantai.

Untuk mereka yang mahukan idea mencantikkan lagi penampilan Lamborghini Aventador, Liberty Walk kini menawarkan kit badan terbaharu yang digelar sebagai GT Evo.

 


Kit terbaharu ini ditawarkan dalam empat penampilan yang berbeza dan salah satu daripadanya diperbuat daripada bahan gentian karbon sepenuhnya.

Merujuk kepada gambar yang dibekalkan, kit badan GT Evo ini merangkumi bampar depan baharu, hud kustom, splitter hadapan serta sirip aerodinamik di bahagian sisi bumper.

 


Bahagian sisi pula menampilkan arca roda yang dilebarkan, penambahan skirt sisi, serta rocker panel kustom.

Untuk menampakkan ia sebuah supercar yang bersedia untuk dilancarkan ke bulan, Liberty Walk telah mengubahsuai sayap belakang supaya lebih lebar bertenggek di atas arca roda belakang, sirip ikan jerung, pelindung enjin kustom dan diffuser serba baharu.

 


Berita buruknya, ini merupakan kit badan terakhir yang akan dihasilkan oleh Liberty Walk untuk model Aventador dengan unit penghasilan sekitar 20 unit sahaja.

Harga jualan kit GT Evo ini bermula dari $94,600 (RM382,421) hingga $187,000 (RM755,948) bergantung kepada kit serta kemasan yang dipilih oleh pemilik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Inspirasi Budaya Jepun Pada Jentera Lumba Elektrik Menurut Liberty Walk, rekaan jentera ini…
Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…
Berita Global
Dari SEMA 2025: Fokus Pada Widebody Kit Di SEMA 2025, Land Cruiser 250 versi Liberty Walk hadir…