Lamborghini Aventador dengan harga di bawah RM150,000

oleh contributor|
Sukar untuk dipercayai tetapi Aventador ini datang dengan harga RM148,000 dan hanya 44 unit yang akan dibina.

Sayangnya, cuma muncung sahaja yang ada dan lebih mengecewakan, ia sebenarnya sebuah meja. Kerana itu harganya lebih murah dari sebuah Honda CR-V.

Design Epicentrum Manufacture ialah sebuah syarikat perabot dari Poland yang menghasilkan perabot-perabot premium, terutama meja dan sofa yang menggunakan rekabentuk berasaskan motorsport.

 

 

Untuk meja Lamborghini ini, ia memang kelihatan seperti sebuah Aventador sebenar. Kami syak ia menggunakan lampu sebenar Lamborghini tetapi yang nyata, tidak ada logo lembu kelihatan pada meja ini (mungkin ia tidak mendapat hak untuk menggunakan jenama Lambo).

Meja ini ialah 1,900 mm panjang, 1,600 mm lebar dan 800 mm tinggi. Dibuat menggunakan fibreglass, ia mempunyai permukaan meja yang tahan calar dan anda boleh memilih dari 200 pilihan warna.

 

 

Pilihan tambahan ialah rak kaca di atasnya dan juga lampu hadapan yang boleh menyala serta LED di bawahnya.

Hanya 44 buah yang akan dibina dan anda boleh memesan sebuah mengikut warna Aventador anda.

Kami tidak hairan jika ada jutawan dari Malaysia yang menempahnya.  Lawati laman web mereka di sini:

archello.com

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu daripada unit tersebut adalah seperti yang anda lihat sekarang, unit pemanduan kiri…
Berita Global
Tunggu dulu, ada lagi sebuah model yang baharu sahaja dilancarkan oleh Lamborghini dan model…
Berita Global
  Mereka kemudiannya terkejut apabila mendapati pemandu kereta berkenaan merupakan seorang kanak-…