Lambakan EV - sistem grid nasional Sweden hadapi masalah kekurangan bekalan tenaga

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

sumber gambar: Tech Republic

Hasrat murni kerajaan Sweden untuk mengurangkan kadar pelepasan emisi daripada sektor kenderaan dengan menggalakkan penjualan kenderaan elektrik (EV) kini menghadapi masalah baharu - kekurangan bekalan kuasa dari sistem grid nasional.

Hal ini adalah disebabkan kadar kenaikan penjualan EV di negara tersebut tidak selari dengan kapasiti kuasa yang perlu dibekalkan untuk mengecas setiap EV yang terjual di atas jalan raya. 

Untuk lima bulan pertama tahun ini, Sweden telah mencatatkan kenaikan penjualan EV sebanyak 253 peratus dengan memperkenalkan insentif cukai kepada para pembeli, selain mengenakan cukai jalan yang tinggi kepada kereta konvensional. 

Namun, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, sistem grid nasional negara itu kini menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan tenaga daripada setiap EV yang terjual. 

Power Circle, kumpulan industri tenaga di Sweden menyebut  bahawa bandar-bandar besar di sana seperti Stockholm kini mengalami permintaan bekalan tenaga yang tinggi melebihi kapasiti semasa. 
 

sumber: PV Magazine

Power Circle juga turut mendesak supaya sistem grid nasional pintar dilaksanakan bagi mengurangkan beban kepada infrastruktur pemindahan kuasa sedia ada. 

Dengan ciri grid pintar ini, sistem pengecasan EV mampu menghentikan sementara proses pengecasan bergantung kepada kapasiti bekalan semasa, selain membenarkan tenaga berlebihan dipulangkan semula kepada grid ketika berlakunya kekurangan bekalan tenaga. 

Menurut Johanna Lakso, ketua Power Circle berkata, "EV mampu membentuk, atau memusnahkan sistem grid".

"Daripada kita menghabiskan duit untuk membina infrastruktur baharu, kenapa tidak kita menggunakan fasiliti sedia ada dengan lebih bijak untuk menyokong sistem rangkaian bekalan kuasa (Sweden)?" tambah beliau lagi.

 


Menariknya, apa yang dialami oleh negara Sweden ini sebenarnya telah pun diramalkan terlebih dahulu oleh pengeluar automotif dari Jepun, Mazda. 

Menurut satu temubual yang dijalankan oleh rakan media CarList.my, para jurutera Mazda telah memberikan amaran berhubung peningkatan trend pemilikan EV atas satu sebab yang cukup ringkas - sistem bekalan kuasa nasional. 

Terutama di negara-negara yang membangun, termasuklah Jepun, sistem grid nasional sedia ada tidak akan dapat menampung permintaan sekiranya terdapat peralihan yang ketara terhadap EV. 

Malah, sistem janaan kuasa elektrik masih lagi bergantung kepada tenaga fosil seperti arang dan gas asli, sekaligus menimbulkan persoalan baharu - adakah EV benar-benar mampu menawarkan solusi sifar emisi terhadap dunia? 
 


Ketika ini, tiada apa yang dapat menghalang peningkatan trend pemilikan EV di seluruh dunia dan terdapat beberapa negara di dunia sudah pun menguatkuasakan larangan penjualan kereta berenjin pembakaran dalaman dalam masa beberapa tahun akan datang. 

Hanya masa yang akan menentukan bagaimana cara dan solusi yang bakal diambil untuk mengatasi masalah yang disebutkan di atas. 

Bagaimana pula cara pengendali sumber tenaga di Malaysia untuk menampung permasalahan yang mungkin timbul jika EV mula dijual di Malaysia? 

Sumber: Automotive News, CarList

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahukah anda, apakah nasib yang bakal diterima oleh kereta EV terpakai di luar negara?  Adakah…