Laman web kereta terpakai Proton dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan laman web kereta terpakainya, Proton Certified Pre-Owned (PCPO) bagi membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai stok semasa daripada 36 pengedar di seluruh negara dan tukar beli kenderaan untuk menerima tawaran hebat pembelian model baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata berikutan jumlah jualan yang meningkat pada 2019, ia jelas menunjukkan bahawa kecekapan pemprosesan tukar beli kereta pelanggan adalah kunci untuk mengekalkan kadar pertumbuhan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata sehubungan itu, Proton mewujudkan bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) untuk membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baharu.

 

"Semua pengedar perlu memenuhi beberapa syarat dan bersetuju mengambil langkah yang diperlukan untuk menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, bagi tempoh 10 bulan tahun ini, pengeluar kereta nasional itu sudah menjual sebanyak 84…
Berita Domestik
Jenama yang diberikan nafas baharu ini mengetengahkan evolusi Proton semenjak kerjasama strategik…
Berita Domestik
Street Car Sdn Bhd (Street Car) secara rasminya membuka cawangan pengedar 3S PROTON yang pertama di…