Laluan utama Lebuhraya KL-Karak masih selamat

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mengesahkan laluan utama di Km 68 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya KLK masih selamat untuk digunakan para pengguna, sungguhpun beberapa kawasan berhampiran dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, hujan lebat yang melanda sejak jam 3 pagi tadi telah menyebabkan kawasan seperti di Janda Baik dinaiki air.

“Sungguhpun hujan mula reda pada waktu ini, pihak ANIH Berhad sedang memantau paras air Sungai Bentong sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan. Alhamdulillah, setakat ini, laluan utama di KM 68 arah ke Kuala Lumpur masih selamat untuk digunakan.

"Kami ingin menasihati para pengguna Lebuhraya KLK untuk memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan ini dan merancang perjalanan mereka sekiranya keadaan hujan ini masih berterusan”, tambah beliau lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818-700.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan 2.4 juta kenderaan itu…
Berita Domestik
Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad,syarikat tersebut telah…
Berita Domestik
  Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu…