Laluan terjejas di Ipoh kini dibuka semula - PLUS

oleh Mohamad Hanif|

keadaan laluan yang ditutup semalam

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ipoh kini dibuka sepenuhnya. 

Semua kerja-kerja pembaikan di KM272.7 (arah Utara) telah selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang 24 jam dan semua lorong dibuka kira-kira jam 5.00 petang semalam (28 Mei).

Untuk maklumat trafik terkini di lebuhraya, layari laman Twitter PLUSTrafik atau menerusi aplikasi PLUS Mobil. 

Alternatifnya, anda boleh menghubungi talian PLUS Line di 1-800-88-0000.