Laluan subway terpantas di Turkiye dilancarkan, kelajuan maksimum 120km/J

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Laluan subway yang menyambungkan lapangan terbang Istanbul dengan pusat bandar itu yang juga merupakan kereta api bawah tanah paling laju di Turkiye dirasmikan pada Ahad.


Subway tersebut menggunakan tren buatan China dan buat kali pertama tren pandu automatik berkelajuan 120 kilometer buatan negara itu digunakan di luar China.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Tren itu terdiri daripada empat gerabak dan mampu membawa 1,100 penumpang pada tahap maksimum.

 

Pandu automatik membolehkan tren terbabit menyesuaikan dengan pelbagai senario operasi manakala teknologi operasi sambung semula boleh menambah kefleksibelan unit gerabak untuk disesuaikan dengan jumlah penumpang pada masa yang berbeza.

 

Selain itu, sistem tarikan kawalan rangka yang terbaharu membolehkan tren itu bergerak dengan stabil di samping memberikan keselesaan kepada penumpang.

 

Laluan subway sepanjang 34 kilometer itu dilengkapi sembilan stesen di tiga daerah Istanbul. Jumlah pengguna diunjurkan akan mencecah 800,000 penumpang sehari.

 

Menteri Pengangkutan Turkiye, Adil Karaismailoglu sebelum ini menyatakan bahawa laluan itu dijangka akan menjimatkan sebanyak US$3.01 juta (RM12.90 juta) untuk negaranya pada tiga dekad akan datang.

 

Selain itu ia juga dapat membantu menurunkan kos penyelenggaraan, mengurangkan pencemaran udara sekali gus memendekkan masa perjalanan. 

 

 

Agensi