"Tarikh penutupan berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.
"Pengunjung hendaklah mematuhi arahan ini demi keselamatan diri, dan pihak majlis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan serta kecederaan pengunjung akibat kegagalan mematuhi arahan notis ini," menurut notis itu pada Isnin.
Pulau Burung Walkway yang terletak di Pantai Cahaya Negeri ialah satu-satunya laluan pejalan kaki untuk ke Pulau Burung dengan jarak 180 meter dari darat dan di pulau itu terdapat menara tinjau tiga tingkat yang membolehkan pengunjung menikmati panorama laut Port Dickson.