Laluan MRR2 (Persiaran Mewah - Pekan Sungai Besi) ditutup 6 bulan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Penutupan lorong dan pengaktifan laluan kontra melibatkan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilaksanakan bermula semalam selama enam bulan sehingga 10 Disember yang membabitkan Kilometer 37.2 hingga Kilometer 39.


Timbalan Pengurus Besar SUKE Zarulazam Eusofe berkata, ia membabitkan laluan sepanjang dua kilometer di antara persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi bagi pembinaan SUKE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Penutupan lorong dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan 11 unit tiang, kerja konkrit dan pemasangan tembok parapet yang akan merentasi MRR2,” katanya dalam satu kenyataan. 

 

Menurut beliau, langkah itu dilakukan untuk mengasingkan kawasan pembinaan daripada pengguna jalan raya demi keselamatan mereka bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada berlakunya insiden tidak diingini. 

 

“Sepanjang tempoh pembinaan berlangsung, kedua-dua lorong U-overhead berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga lorong Sungai Besi Bound (SBB) akan ditutup untuk lalu lintas.

 

“Aliran kontra dua lorong akan diaktifkan dari arah Ulu Kelang manakala trafik menuju Ulu Kelang akan dialihkan menerusi susur keluar di TBS,” katanya.

 

Tambah beliau, aktiviti tersebut juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

“Bermula 11 Disember hingga 10 Mac, laluan aliran kontra itu dikurangkan kepada satu lorong sebaik kerja pembinaan beralih ke fasa kedua.

 

“SUKE ingin menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang tidak keselesaan,” katanya.

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
Laluan sepanjang 24.4 km itu bakal melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE yang bermula dari Sri…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu…