Laluan masuk ke ibu negara sesak

oleh SALINA JALIL|
gambar dari LLM
Beberapa laluan masuk ke ibu negara dilaporkan perlahan dan sesak sejak awal pagi tadi susulan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu masuk ke ibu kota.


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan antara laluan yang dilaporkan perlahan dan sesak adalah Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tol Sungai Besi.

 

"Selain itu, laluan di Kilometer 310.8 lebuhraya sama arah Selatan urut dilaporkan sesak.

 

"Trafik juga dilaporkan perlahan sebelum masuk ke Tol Rawang Selatan dan sesak di Lebuhraya Besraya dari Pandan Makmur ke Plaza Tol Loke Yew," katanya.

 

Turut dilaporkan ialah laluan dari Puchong Utama ke Puchong Intan dan Kelana Jaya ke Taman Megah.

 

"Di Lebuhraya SILK pula trafik mulai perlahan dari Sungai Ramal ke Uniten dan di Lebuhraya NKVE trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Bukit Raja ke arah Shah Alam dan dari Plaza Tol Damansara ke Kayu Ara," katanya.

 

Dalam pada itu, LLM berkata aliran trafik di semua laluan ke arah selatan dan utara tanah air dilaporkan berjalan lancar.

 

Kesesakan jalan raya dilaporkan bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 6 Mei hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

 

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

 

Turut dikenakan PKP ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak.

 

 

 

 

Harian Metro