Laluan LRT Kelana Jaya pulih kembali

oleh HEZERI SAMSURI|
Laluan LRT Kelana Jaya yang lumpuh malam tadi kerana tragedi kemalangan dua gerabak telah dibuka semula jam 6 pagi tadi.

Prasarana Malaysia Berhad berkata perkhidmatan LRT itu dibuka semula dengan bantuan bas shuttle percuma. Frekuensi atau kadar kekerapan gerabak pula ialah setiap 10 minit pada waktu puncak dan setiap 30 minit pada waktu-waktu lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kapasiti penumpang turut diturunkan kepada 50 peratus, seraya aturan baharu PKP 3.0 yang bermula hari ini.

Lima bas shuttle dua tingkat akan digunakan pada waktu puncak dengan kadar kekerapan antara 15 ke 20 minit untuk membawa penumpang dari mana-mana stesen antara Pasar Seni ke Ampang Park.

Laluan LRT Kelana Jaya itu dijangka akan pulih 100 peratus dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja pembersihan dan pembaikan dilakukan.

Stesen LRT KLCC dan kawasan sekitar juga akan mengalami proses sanitasi untuk memastikan tidak ada perebakan wabak Covid-19.

Prasarana meminta semua pengguna Rapid KL (termasuk LRT) untuk menggunakan aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple Store.

"PULSE membolehkan anda merancang perjalanan anda dengan lebih mudah."

Dalam kejadian malam tadi, dua gerabak bertembung dan membabitkan sejumlah 213 penumpang. Kejadian berlaku antara Stesen KLCC dan Lampung Baru, dengan satu gerabak yang penuh dengan penumpang dipandu secara automatik sementara satu lagi gerabak tidak mempunyai penumpang dan dipandu secara manual dengan seorang pemandu.

Geraba manual itu dikatakan sedang diuji bila ia termasuk ke laluan yang sama dengan gerabak yang sarat muatan penumpang itu. Kesilapan sistem teknikal dikatakan menjadi punca.

Kelajuan gerabak yang tidak laju (antara 20-30 kmsj) itu membantu untuk mengurangkan jumlah kecederaan penumpang. 

* Laporan dari Bernama


 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…