Laluan KM77-KM78 Lebuhraya KL-Karak kini dibuka kepada pengguna

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad ingin memaklumkan pembukaan semula laluan KM77-KM78 Arah Timur kepada semua pengguna lebuh raya.

Ini kerana kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang laluan tersebut telah siap, dan pengguna yang ingin ke Pekan Karak tidak lagi perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak.

Namun, pengguna yang mahu melakukan perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu membuat pusingan U di Plaza Tol Karak.
 

KL-Karak


ANIH turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua di KM74.8 hingga KM77.3.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 09 5479111/1-700-818-700.

Berita Berkenaan

Informasi
   "Bermulanya tengah hari  Selasa sehingga hari raya tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan di…
Informasi
  "Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur…