Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula

oleh Penyumbang Rencana|
gambar tanah mendap di Lebuh Raya Karak semalam
Pengguna boleh menggunakan laluan KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak bermula jam 7 malam Rabu.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerja-kerja pembaikan kes jalan mendap di kawasan terkesan bakal selesai sebelum malam Rabu.

"Saya difahamkan segala kerja kerja untuk menyiapkan dibuat pada hari ini jalan ini boleh dibuka semula kepada trafik atau kenderaan dalam jam 7 malam Rabu, tertakluk kepada kerja pembaikan dan sebagainya," katanya kepada media ketika melakukan lawatan ke lokasi di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati dengan kerja-kerja pemantauan dan baik pulih yang berjalan dengan baik.

Alexander turut memuji sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah dan tindakan penutupan jalan dilakukan lebih awal.

"Mereka buat sistem untuk mengetahui ada movement (pergerakan) tanah dekat kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor (alat pengesan).

"Oleh kerana itu apabila akan berlaku, mereka akan cepat-cepat menutup jalan... oleh sebab itu tiada kenderaan lalu semasa kejadian. Itu boleh kita puji sistem guna di sini dapat halang sebelum berlaku kejadian," katanya.

Terdahulu, laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut malam tadi.

LPT dalam ciapan di Twitter memaklumkan para pengguna dari Kuantan ke Kuala Lumpur diarahkan keluar di Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula di Pekan Bentong Barat.

 

- Terima kasih para petugas yang cekap dan syukur tiada kehilangan nyawa -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Pengguna diminta berhati-hati dan patuhi had laju serta arahan petugas di lokasi," menurut…
Berita Domestik
Beliau berkata kerja-kerja baik pulih dijangka selesai petang ini dan laluan itu boleh digunakan…
Berita Domestik
“Pengguna dinasihatkan untuk ambil susur keluar ke bandar Bentong,” ujarnya. Jelasnya, trafik…