Laluan khas ART sepanjang 3km dijangka siap Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Sarawak dijangka akan menyiapkan pembinaan laluan Transit Aliran Autonomi (ART) sepanjang tiga kilometer bermula dari Kampung Rembus ke Jambatan Kuap menjelang akhir September atau awal Oktober.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menurut laporan Dayak Daily (seperti yang dipetik oleh iloveborneo.my), Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Jerip Susil berkata, pembangunan laluan ini sedang aktif dilaksanakan untuk fasa pengujian prototaip ART hidrogen yang dirancang beroperasi pada November ini.

Difahamkan, ujian operasi prototaip kenderaan tersebut sedang dibuat di kawasan Isthmus sebelum diuji di Lebuhraya Kuching-Samarahan.

“Kami berharap untuk mengimplementasikan ini sebagai bukti konsep (POC) di Bahagian Samarahan.

Untuk saat ini, kami fokus pada pembinaan laluan dari Kampung Rembus ke Jambatan Kuap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Advokasi Keselamatan Lebuh Raya Pan Borneo di sini pada Sabtu.

Sumber: Dayak Daily menerusi iloveborneo.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, terdapat laluan khas disediakan sepanjang 2.6 km antara dua bulatan Kuching-Samarahan…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…