Laluan keretapi Seremban-PD sedang dinilai semula

oleh Mohamad Hanif|
Landasan keretapi Seremban-Port Dickson yang telah dihentikan operasinya berkemungkinan besar akan dibangunkan semula.

Ini kerana, menurut Kementerian Pengangkutan mereka sedang menjalankan kajian bagi membaik pulih landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson.

Menteri Anthony Loke Siew Fook berkata kajian itu termasuk melihat kebolehlaksanaan projek landasan kereta api itu memandangkan landasan sedia ada sudah lama tidak digunakan dan terdapat jajaran yang tidak boleh digunakan lagi.

“Memang ada rancangan untuk hidupkan semula landasan kereta api Seremban-Port Dickson. Cadangan ini di peringkat kajian untuk lihat sejauh mana boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Sembilan semalam.

“Jajaran itu saya difahamkan ada sebahagian masih boleh dijalankan tapi ada sebahagian tidak sesuai namun kita akan lihat dan kaji kebolehlaksaan projek landasan ketapi Seremban ke Port Dickson…saya tidak mahu bagi pengumuman apa-apa lagi sebab masih di peringkat kajian,” tambahnya.

Sumber: Bernama

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, Pinanfarina atau Carrozeria Pininfarina merupakan sebuah firma rekaan kenderaan yang berasal…
Berita Domestik
Keadaan geologi di bawah permukaan tanah yang terbabit dalam projek MRT2 terdiri dari pelbagai…
Berita Global
Pada 30 Mei, beberapa laluan tren yang dioperasikan oleh Kyushu Railway (JR Kyushu) di selatan…