Laluan Hutan Melintang - Teluk Intan (Seksyen 8) WCE disahkan tepati peraturan LLM

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengendali Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB), mengesahkan bahawa Jajaran Seksyen 8 membabitkan laluan Hutan Melintang-Teluk Intan mematuhi keperluan yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan boleh dibuka.

Pengarah Urusan WCESB, Datuk Neoh Soon Hiong, berkata pemeriksaan di tapak bagi Jajaran Seksyen 8 sudah pun dilaksanakan pihaknya bersama LLM.

“Pemeriksaan itu meliputi semakan terhadap penyiapan fizikal lebuh raya serta aspek keselamatan.

“Hasil pemeriksaan itu, kami mendapati Jajaran Seksyen 8, mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh LLM dan boleh dibuka kepada pengguna tertakluk kepada proses pewartaan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Soon Hiong berkata, bagaimanapun tarikh pembukaan rasmi lebuh raya berkenaan hanya akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat.

Sebelum ini, Ketua Pengarah LLM, Datuk Aziz Abdullah, dilaporkan berkata empat pakej WCE Banting-Taiping yang dikatakan akan dibuka sebelum akhir bulan ini, kemungkinan belum boleh digunakan.

Aziz berkata, ia berikutan masih ada kerja-kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikannya benar-benar selamat digunakan oleh pengguna kenderaan.

Bagaimanapun, beliau berkata semua pihak sedang berusaha untuk memastikan empat jajaran atau pakej itu membabitkan tiga pakej di Perak dan satu pakej di Selangor boleh dibuka kepada orang ramai secepat mungkin.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Berita Domestik
Pelaksanaan lencongan ini adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk…
Berita Domestik
Menurut warta kerajaan persekutuan, kutipan tol ini akan bermula 15 Januari 2020 sehingga 13…