Laluan darat JB-Singapura dibuka 29 November ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Malay Mail
Kerajaan negeri Johor mengumumkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita gembira itu disahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memaklumkan keputusan diambil hasil perbincangan yang mana turut memutuskan perjalanan darat itu hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang.

“Saya ada berita baik untuk dikongsikan, kita telah mengadakan komunikasi dengan pihak berkuasa masing-masing di kerajaan persekutuan dan negeri telah sahkan bahawa perjalanan darat akan dibuka 29 November ini.

“Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang, semua untuk mereka yang bekerja atau pekerja di Singapura yang bekerja di Johor Bahru.

“Kerajaan persekutuan mempertimbangkan membuat perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru dengan kemudahan yang serupa seperti ditawarkan Changi ke KLIA,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Four Points By Sheraton Desaru di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, Malaysia dan Singapura akhirnya dapat memulakan kembali perjalanan rentas sempadan melalui udara menggunakan VTL mulai 29 November ini.

Sumber: K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersiap sedia dan sentiasa bersedia (menerima…