Laluan baru susur keluar persimpangan bertingkat Seremban dibuka esok

oleh Mohamad Hanif|
LALUAN susur keluar yang baharu ke arah utara di Persimpangan Bertingkat Seremban dijangka akan dibuka kepada pengguna lebuhraya PLUS bermula jam 3.30 petang 7 Jun, Khamis ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan laluan susur keluar bernilai RM12 juta itu dijangka dapat memberikan kelegaan kepada kira-kira 18 ribu pengguna harian di Plaza Tol Seremban, terutama kepada mereka yang datang dari arah Seremban 2 dan Bukit Kepayang.
 


Dengan pembukaan susur baharu ini, pengguna daripada kedua-dua tempat tersebut tidak perlu lagi melintas jalan Sungai Ujong untuk ke Plaza Tol Seremban (arah utara) sedia ada. 

Pembukaan rasmi laluan susur keluar ini dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua S/Usaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Abdul Razak Jaafar.

Projek tersebut memulakan pembinaannya pada Januari 2017 dan siap sepenuhnya pada 31 Mei baru-baru ini. 

Sebanyak 3 lorong dibuka termasuklah lorong SmartTAG, Touch 'n Go serta laluan khusus untuk motosikal. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…