Laluan baharu FT366 Jalan Temiang - Pantai kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna jalan raya di Negeri Sembilan, khususnya dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang dan Jelebu kini mempunyai jalan alternatif yang baharu sahaja dibuka, iaitu FT366 Jalan Temiang - Pantai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek bernilai RM181,574,571.30 ini dilaksanakan oleh Lapangan Kota Sdn Bhd, dan telah disiapkan pada 23 Julai 2021, atau 17 hari lebih awal dari tarikh kontrak asal.

Sesi penyerahan projek siap dan pembukaan laluan itu telah pun berlangsung dengan jayanya pada 26 Ogos 2021.
 

jalan


Menurut hantaran di laman Facebook MB Negeri Sembilan, skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu mengikut standard JKR R5 yang merangkumi:

  • pembinaan jalan baru 4 lorong 2 hala sepanjang 1.60 km
  • pembinaan jalan baru 2 lorong 2 hala sepanjang 5.84 km
  • tiga buah jambatan
  • satu buah persimpangan bulatan
  • satu persimpangan di jalan Pantai, FT86
  • penstabilan cerun
  • kerja-kerja elektrik seperti pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, pada masa yang sama, jalan baharu itu juga dijangka dapat meningkatkan kegiatan ekonomi…
Informasi
  Menurutnya, kesesakan biasanya berlaku di antara Tanah Rata ke Tringkap terutama di Kea Farm di…