Lakaran SUV baru Skoda Kamiq tertiris

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan gambaran awal SUV Skoda yang dikhaskan untuk pasaran China sahaja. SUV ini bakal diperkenalkan secara umum pada pertunjukan Beijing Motor Show akan datang.

Masih mengekalkan garisan reka bentuk tipikal Skoda yang menarik, termasuklah penggunaan gril hadapan yang besar dengan larikan garisan bonet yang kemudiannya bertemu di lencana hadapan. Dari sisi kenderaan, satu garis tajam menghubungkan antara lampu hadapan dan belakang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024




Model terbaharu ini bakal menggunakan platform PQ25 dari kumpulan VW dan bakal diposisikan di bawah Karoq dan Kodiaq. Oleh kerana ia khusus untuk pasaran China sahaja, ia bakal diproduksikan di Yizheng, China. 



 

Skoda masih tiada nama yang khusus bagi SUV terbaharu ini, akan tetapi berdasarkan trend penamaan SUV Skoda akhir-akhir ini, ada kemungkinan nama Kamiq akan digunakan. 

Sumber: AutoExpress UK

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…