Terbaharu, pembaca Careta Iz'aan Zharif telah menemukan kelibat model ujian yang dipercayai Proton X90 sedang diuji di jalan sekitar Mid Valley.
Berdasarkan pemerhatian, 'Proton X90' ini menggunakan nombor plat perdagangan yang sama seperti yang dilaporkan oleh rakan media Paultan, di mana model tersebut dilihat sedang diuji di jalan Genting Highlands.
Tidak dapat dipastikan spesifikasi X90 ini, namun di pasaran negara jiran Filipina, X90 yang lebih mesra dikenali sebagai Geely Okavango ditawarkan dengan trenkuasa mild-hybrid 1.5 liter yang mampu menjana 190 hp dan 300 nm.
Baca: Geely Haoyue
Baca: Geely Okavango tidak sesuai untuk pasaran Malaysia?
Baca: Format penamaan Proton berubah