Lagi teaser Subaru WRX 2022 didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum pelancaran rasmi sedan sports Subaru WRX 2022, Subaru kini menerbitkan beberapa video teaser terbaharu untuk tatapan para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teaser pertama tidak menampilkan sebarang butiran yang lebih jelas, apa yang boleh dilihat adalah sebuah sedan berwarna jingga dengan kehadiran ciri spoiler lid disebalik gumpalan habuk jalanan yang dihasilkan oleh sedan tersebut.

 

 

Namun, video teaser kedua yang lebih panjang mendedahkan beberapa butiran yang lebih jelas, seperti contoh takometer dengan garis merah 6,100 rpm (berbanding 6,700 rpm pada model terdahulu).

Ciri yang lebih ketara diperlihatkan adalah pemasangan cladding plastik pada arka roda serta jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi mengingatkan kita kepada model konsep Viziv STI yang hadir pada tahun 2018.

 


Beberapa laporan terdahulu daripada Jepun mencadangkan Subaru bakal menggunakan enjin baharu FA24 versi dipertingkatkan yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 296 hp dalam versi WRX standard, atau 345 hp dalam perisa WRX STi.

Subaru WRX 2022 bakal diperlihatkan menerusi acara New York International Auto Show pada 19 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Informasi
Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat…
Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…