Lagi teaser Hyundai Elantra N didedahkan - bunyi ekzos garang habis!

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Hyundai telah memuat naik sebuah video teaser 'misteri' yang memberikan bayangan sesuatu yang menarik bakal hadir daripada pengeluar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Hyundai telah memuat naik sebuah lagi video berdurasi bawah 30 saat yang menunjukkan mereka sedang bersiap sedia melancarkan sedan pantas Elantra N pada 14 Julai ini.

 



Teaser terbaharu ini menampilkan profil sisi Hyundai Elantra N dengan kehadiran beberapa akronim - berkemungkinan besar menggambarkan segala macam teknologi yang dimuatkan pada sedan pantas ini.
 

 


Di akhir video, Hyundai secara sengaja memperdengarkan not-not ekzos yang bakal dihamburkan oleh Elantra N, dan berdasarkan pendengaran awal, Elantra N menjanjikan bunyi ekzos yang lebih garang dengan efek letup-letup.

Sama seperti apa yang anda dengarkan dalam video pemanduan di Litar Nurburgring beberapa minggu yang lalu. (video di bawah)

 


Walaupun Hyundai tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi Elantra N, besar kemungkinan ia akan didatangkan dengan enjin yang sama dimuatkan pada Hyundai Kona N dan Veloster N, iaitu enjin 2.0 liter turbo yang berupaya menghasilkan 275 hp, sistem transmisi manual atau klac berkembar automatik lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…