Lagi sekali masalah melibatkan beg udara Takata, Volkswagen recall 37,558 unit Beetle

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini timbul lagi masalah yang melibatkan beg udara Takata apabila Volkswagen telah recall 37,558 unit model Beetle tahun 2015-2016 dengan risiko inflator untuk meletup terutama pada beg udara bahagian pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Recall terkini yang melibatkan inflator Takata itu berisiko untuk rosak akibat tahap kelembapan dan suhu tinggi menurut laporan dari National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Oleh itu, ianya membawa kepada kempen recall NHTSA dengan nombor 22V-945. Volkswagen akan menghantar surat berkenaan recall tersebut kepada semua pemilik Beetle yang terlibat pada pertengahan Februari

Apabila masalah itu menyebabkan kempen recall besar-besaran terjadi, pemilik terlibat haruslah segera membawa kereta mereka pada pusat servis rasmi, dimana ia hanya melibatkan penukaran penukaran beg udara pada bahagian pemandu.

Akibat dari mengabaikan kempen recall itu akan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang apabila inflator yang terdedah dengan suhu dan kelembapan itu berpotensi untuk meletuskan serpihan logam pada dalam kereta.

Hal ini kerana sudah terdapat banyak kes melibatkan masalah beg udara Takata higga menyebabkan kecederaan dan 24 kematian yang telah berlarutan semenjak sedekad lalu.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…