Lagi perincian Nissan Proto Z didedahkan - bahagian belakang macam 300ZX Z32!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Nissan menerbitkan video teaser Nissan Proto Z semalam, Naib Presiden Kanan Rekaan Global Nissan Alfonso Albaisa sempat memuat naik sebuah lakaran ringkas yang sangat menarik perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana lakaran bahagian belakang Nissan Proto Z tersebut sangat bertepatan dengan beberapa laporan terdahulu yang menyebut ia bakal mengambil inspirasi daripada model Fairlady - lebih tepat lagi Nissan 300ZX generasi Z32.

Berdasarkan grafik tersebut, bahagian belakang kereta sports Nissan Proto Z itu membawakan rekaan lampu bertindih yang menyamai unit yang terdapat pada Z32, namun dengan pendekatan yang lebih moden.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Projects with huge meaning do not come every day, on top of that, few projects trigger immediate “slide show” memories like Z. In Tokyo 50 years ago Tai san(Nissan Executive Design Director) saw his first Z and “lights on” wanted to be a car designer. Around the same time but a few thousand miles away a Cuban kid(me?)in Miami saw his first Z and as well simply “what?WOW”! Tai san later was a designer on the ultra-modern, breathtakingly minimalistic 300ZX, the 2nd clay model I saw on my first trip to design studio in Japan 31 years ago (another huge WHAT?WOW moment). I later found myself working on 350Z, a team dream to find a new language for Z discovering mechanical beauty and road hugging performance posture. More to come but please share and let us know your memorieZ. #nissanz #Powerofz #nissan #datsun240z #nissan350z #nissan300zx #nissan370z #nissannext #fairlady240z

A post shared by Alfonso Albaisa (@alfonsoalbaisa) on

 


Daripada hantaran Albaisa itu sendiri di laman Instagram, beliau ternyata sangat meminati rekaan dan hasil kerja Satoru Tai (Pengarah Rekaan Eksekutif Nissan) pada Nissan Z yang pertama, diikuti dengan model 300ZX sejak dari kecil.

 


Dalam masa dua minggu lagi, Nissan akan memperlihatkan secara rasmi model Proto Z (400Z) pada tarikh 16 September.

Bakal pesaing kepada Toyota Supra itu dipercayai menampilkan enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 400 hp, digandingkan dengan transmisi manual atau automatik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Nissan Z itu diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep Nissan Proto Z…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…
Berita Global
Seperti namanya, Nissan Proto Z merupakan gambaran yang paling hampir kepada versi produksi yang…