Lagi panggilan semula untuk Alfa Romeo Giulia dan Stelvia

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah melaporkan dua buah recall melibatkan Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio akibat pintu but yang boleh terbuka sendiri dan juga kemasukan air ke dalam kotak ECU.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak diketahui apakah bala yang menimpa nasib Alfa Romeo kali ini apabila sekali lagi model SUV tersebut dipanggil semula akibat suhu operasi enjin 2.9 liter V6 (503 hp/600 Nm) yang terlalu tinggi berpunca daripada hos coolant yang terbocor. 

Isu terbaharu ini berpunca daripada kekurangan daya balutan di sekeliling hos coolant dan mengakibatkan enjin mudah menjadi panas dan berhenti dengan sendiri di tengah jalan. 

Sebanyak 674 buah SUV Stelvio di Amerika Syarikat dikhuatiri terjejas akibat isu hos coolant ini. 
 


Dalam masa yang sama, pihak FCA juga turut memanggil kembali sejumlah besar SUV Stelvio dan sedan Giulia yang dilengkapi dengan enjin 2.0 liter (276 hp/400 Nm) atas isu yang berkaitan dengan haba. 

Apa yang berlaku pada sedan dan SUV ini ialah berpunca daripada engine misfiring yang mengakibatkan catalytic converter menjadi terlebih panas dan boleh mencetuskan kebakaran di ruang enjin. 

Menurut FCA, recall yang kedua ini melibatkan jumlah yang lebih besar berbanding recall yang pertama, iaitu 37,228 unit sahaja yang dikhuatiri terjejas di pasaran Amerika Syarikat sahaja, tidak termasuk pasaran yang lain. 

Kedua-dua model Giulia dan Stelvio ini merupakan model baharu yang menaikkan kembali nama Alfa Romeo di persada dunia, namun dengan isu kualiti yang kembali melanda mereka, ia mungkin meletakkan kedudukan Alfa Romeo di tempat yang sukar. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…