Lagi kes kereta masuk laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kecoh seketika media sosial apabila munculnya satu rakaman sebuah kereta Toyota Vios melawan arus sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal kemalangan di laluan motosikal.

Kali ini, insiden yang sama berulang kembali apabila sebuah kereta jenis Perodua Bezza dilaporkan memasuki laluan motosikal berdasarkan satu rakaman di Facebook.

Difahamkan, kereta tersebut memasuki laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menuju ke arah Subang Jaya.

Walaubagaimanapun, pemandu tersebut diarahkan untuk berhenti oleh pengguna motosikal yang lain, bimbang kejadian yang sama berulang kembali.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu bermula sejak tahun lalu menerusi Rolling Plan 5 (RP5) di bawah Rancangan Malaysia ke-…
Informasi
​"Ketika ditemui, mangsa berkulit sawo matang itu memakai baju biru berlengan pendek serta seluar…
Informasi
KM 24.2 - 23.3 (Arah ke Klang) - Lebuhraya Shah Alam 30 Mac sehingga 19 Mei 2024   Pelaksanaan…