Lagi kes kematian akibat besi penghadang jalan

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua beranak maut selepas Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 36.8 Lebuhraya PLUS arah selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Gambar dari Kosmo
Gambar dari Kosmo.com.my

 

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku jam 5.13 pagi semalam membabitkan seorang ibu berusia 34 tahun dan anak perempuanya yang berusia 6 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata Alza itu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Besi penghadang jalan itu menembusi cermin hadapan dan terperusuk ke dalam kenderaan tersebut (gambar atas).

September tahun lalu, bekas Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye pernah dilaporkan (dari artikel The Star)berkata kesesuaian pembahagi jalan dan besi penghadang jalan perlu dikaji semula demi untuk meminimakan kecederaan mangsa kemalangan.

 

 

Beliau mahukan agensi berkaitan dan pemilik konsesi lebuhraya melakukan kajian terperinci serta audit untuk besi-besi penghadang tersebut.

Beliau juga berkata pemantauan dan penjagaan besi-besi penghadang ini perlu dilakukan secara berkala.

Pada 2 September 2018, dua penumpang bas dua tingkat terkorban bila bas itu merempuh besi penghadang jalan di Jalan Ipoh-Lumut.

27 Ogos  2018, seorang penumoang maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Jalan Salor-Pasir Mas, Kelantan.

25 Ogos 2018, dua lagi mangsa terbunuh apabila kenderaan mereka merempuh besi penghadang jalan  di Jalan Chini-Terapai, Pahang. 

Lee berkata kebanyakan nahas tersebut ialah akibat kenderaan menghentam besi penghadang jalan tetapi ada juga segelintir kes di mana besi penghadang jalan itu mencucuk masuk ke dalam kenderaan.