Lagi kes COVID-19 di HQ Proton

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Proton mengumumkan bahawa salah seorang pekerjanya di jabatan penyelidik dan pembangunan disahkan positif pada 14 Okt lalu, lapan lagi kes telah dikesan melibatkan syarikat pengeluar kereta itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut memo yang dilihat Malaysiakini, semua pekerja di jabatan berkaitan diminta kerja dari rumah dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pekerja tersebut juga diminta menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kos ditanggung oleh syarikat.

Pekerja pertama yang dijangkiti wabak tersebut dikenal pasti bekerja di ibu pejabat Proton di Shah Alam, Selangor.

Selepas pekerja pertama disahkan positif, Proton berkata syarikatnya telah melakukan sanitasi di premis tersebut dan kawasan disyaki. Pengesanan kontak rapat juga dijalankan.

Syarikat turut memberi jaminan bahawa pekerja tersebut tidak "berhadapan dengan pelanggan" dan maka dengan itu, tiada pendedahan langsung terhadap pelanggan.

Proton juga mengatakan bahwa mereka segera membuat rancangan mitigasi untuk mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bangunan dua tingkat tersebut mempunyai keluasan sekitar 55,000 kaki persegi itu turut menempatkan…
Informasi
  Pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memilih Ibu Pejabat Persada PLUS sebagai…
Berita Global
Fasiliti yang turut menempatkan McLaren Technology Centre, McLaren Production Centre, dan McLaren…