Lagi kebakaran libatkan Proton X90, kebakaran dilihat turut berpunca dari kabel bumi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi kes kebakaran libatkan Proton X90 dilaporkan semalam, di mana kes kebakaran kedua itu dilihat berlaku di bahagian yang sama seperti kes pertama bulan lepas.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Jika dilihat dari video yang dikongsikan oleh Rizuwan Rosly, kejadian kebakaran kedua libatkan X90 itu berlaku di bahagian yang sama seperti kejadian pertama, di mana menurut Proton ia disebabkan oleh kabel bumi pada badan.

Ia berikutan siasatan yang telah dilakukan oleh sekumpulan pakar Proton dan Geely, di mana kejadian itu berpunca dari masalah sambungan pembumian atau grounding pada badan kereta.

Sebagai langkah keselamatan, semua pemilik Proton X90 akan dihubungi secara individu oleh pusat 3S dan 4S Proton untuk pemeriksaan.

Selepas pemeriksaan lanjut, tindakan pembaikan akan diambil oleh pusat servis jika perlu untuk mengelakkan sebarang risiko pemanaskan yang boleh mengakibatkan kebakaran.

Pemilik X90 juga boleh menghubungi pusat servis Proton terdekat untuk temu janji atau menghubungi talian bantuan Proton di 1-800-88-8398 untuk maklumat lanjut.

Proton sebelum ini juga telah mengesahkan bahawa bateri hibrid ringan (48v) yang digunakan oleh Proton X90 bukanlah punca kejadian dan, dimana Proton menjamin kualiti produk dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan mereka.

 

Baca: X90 terbakar - Proton sahkan punca kebakaran disebabkan kabel bumi

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau…