Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota Motor akan menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 buah model diesel termasuklah Land Cruiser 300 Series, Hilux dan juga HiAce.
Hasil siasatan menemukan penyelewengan yang dibuat terhadap ujian penentuan output kuasa kuda bagi tiga model enjin diesel yang dibangunkan oleh Toyota Industries.
Menurut Toyota, prestasi output kuasa kuda enjin tersebut telah diukur menggunakan perisian ECU yang berbeza berbanding apa yang digunakan untuk kenderaan produksi massa, supaya nilai akhir yang diukur itu tampak lebih lancar dan kurang variasi.
Pengeluar itu turut mengesahkan model kenderaan yang telah dipasarkan dengan tiga jenis enjin diesel tersebut telah memenuhi standard piawaian prestasi, dan para pemilik sedia ada boleh terus menggunakan kenderaan tersebut tanpa sebarang masalah.
Namun sebagai langkah berjaga-jaga, Toyota tetap membuat keputusan untuk menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 model yang terjejas.
Enjin yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
Sumber: Nikkei Asia, Toyota