Lagi gambar Polestar 2 terdedah menerusi aplikasi infotainment Android HMI

oleh Mohamad Hanif|

Setelah gambar acah diterbitkan oleh Polestar bulan lalu, kali ini mereka mendedahkan lagi bentuk keseluruhan sedan Polestar 2 - masih lagi dari bahagian atas kereta.

Gambar tersebut diperoleh menerusi penayangan sistem infotainmen berasaskan Android Human Machine Interface (HMI) yang bakal dilengkapkan pada sedan EV tersebut. 

Menerusi pautan yang diberikan, anda boleh mengakses beberapa fungsi yang ada pada Polestar seperti 

  • Bantuan Kelajuan di Selekoh
  • Bantuan Pengekalan Laluan
  • Informasi Papan Tanda
  • Amaran Kamera Perangkap Had laju
  • Amaran Jarak
  • Amaran Had Laju
  • Ciri Pengelakan Halangan
  • Informasi Titik Buta
     


Selain daripada itu, pemandu juga boleh menukar tetapan respons stereng dan juga ciri regenerative braking untuk disesuaikan dengan kehendak masing-masing, kesemuanya menerusi skrin sentuh sistem infotainmen ini. 

Menurut Polestar, sistem hiburan HMI ini bakal mempunyai sambungan kepada internet berterusan serta menyertakan ciri kemaskini on-the-air (OTA) - sama seperti peranti pintar moden masa kini, selain aplikasi bantuan lain seperti Google Maps dan Google Assistant.

Polestar 2 bakal menampilkan konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menjana 395 hp, dengan jarak operasi sekitar 482 km. 

Ia bakal menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 dengan harga jualan yang lebih kurang serupa. 
 


Bagi mereka yang mahu mencuba dengan sendiri tetapan yang akan dilengkapkan pada Polestar 2 ini, anda boleh melayari pautan di bawah pada peranti pintar dan tablet anda. 

https://hmi-app.polestar.com/

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang pertama kali membuat kemunculan di Geneva Motor Show pada Mac lalu kini boleh didapati…
Berita Global
Data jualan bulan Februari di Eropah kini menunjukkan kebangkitan permintaan terhadap sedan…
Berita Global
Segmen yang selama ini didominasi oleh Tesla Model 3 dan model yang bakal dilancarkan tidak lama…