Lagi gambar pikap Volkswagen Amarok, bakal guna enjin V6 TDI!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Amarok 2022
Volkswagen Amarok 2022
Dua segmen yang semakin meriah sekarang ini adalah SUV dan pikap. Berpuluh tahun dahulu kedua-dua segmen itu menjadi pilihan syarikat atau individu untuk kegunaan lasak.

Selari dengan perubahan citarasa dan persaingan, SUV dan pikap hari ini semakin mewah dan lengkap dengan teknologi bantuan pemanduan.

Terbaru Volkswagen berkongsi lebih banyak gambar pikap Amarok generasi ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Amarok 2022

 

Untuk pasaran Asia Tenggara di mana Thailand merupakan hab pengeluaran global pikap saiz sederhana, Amarok memang asing walaupun sudah berada di pasaran sejak tahun 2010.

Volkswagen memasarkan pikap ini di Argentina, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, Eropah, Amerika Selatan dan pelbagai lagi negara dengan jualan sudah melebihi 815,000 unit.

Untuk model terbaru, Volkswagen merancang untuk memperkenalkannya pada tahun ini.

Seperkara yang perlu diketahui, Amarok akan berkongsi banyak komponen dengan Ford Ranger T6 baharu. Ini adalah perkara biasa di dalam segmen pikap.

 

Volkswagen Amarok 2022

 

Melalui perkongsian terbaru, VW mendedahkan lebih banyak gambar Amarok. Dari gambar tersebut Amarok nampak lasak dan rugged tanpa menyerupai Ranger.

Paling jelas Amarok membawakan DNA reka bentuk Volkswagen dengan lampu depan, gril dan lampu belakang yang dari jauh boleh diketahui bahawa ini produk Volkswagen.

Selain itu, Volkswagen memaklumkan Amarok akan dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemanduan yang baharu dalam segmennya, banyak fungsi praktikal dan jarak kelegaan bumi yang lebih baik.

Turut dimaklumkan, Amarok akan terus ditawarkan dengan nadi V6 TDI.

 

Volkswagen Amarok 2022

 

Sebagai rujukan, ada tiga versi enjin 3.0L V6 TDI pada Amarok dengan model 2020 berkuasa 221 hp dan tork 500 Nm.

Dari segi saiz, ukuran panjang ditambah 10 milimeter kepada 5.35 meter dan lebih lebar berbanding generasi pertama. Ruang kaki penumpang belakang juga lebih luas.

Amarok generasi ketiga dibangunkan di Australia dan Eropah dan bakal dikeluarkan di Silverton, Afrika Selatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Amarok 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
VW Amarok berkongsi platform dengan Ford Ranger generasi baharu, namun dengan pendekatan rekaan…
Berita Global
Video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan trak pikap yang masih lagi berselubung dengan…