Lagi EV Toyota untuk UK, Proace City Verso EV dan Proace Verso EV, 5 dan 9 penumpang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Proace City Verso Electric
Toyota Proace City Verso Electric
Jika sebelum ini, Toyota hanya mempunyai sebuah kenderaan elektrik (EV) untuk ditawarkan di United Kingdom (UK) kini tidak lagi.

Toyota menawarkan dua model penumpang baharu iaitu Proace Verso EV dengan sembilan tempat duduk dan Proace City Verso EV. 

Kedua-dua model itu adalah tambahan kepada bZ4X.

Sebenarnya bukan sebuah, Toyota sudah pun menawarkan Proace City Electric dan Proace Electric di UK namun khusus untuk kegunaan perdagangan.

Kedua-dua Proace Verso EV yang baharu ditawarkan adalah untuk pelanggan umum dan sebelum ini sudah pun ada di negara Eropah lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Proace Verso Electric 2021 Eropah
Toyota Proace Verso Electric 2021 Eropah

 

Siri Proace Verso kini digerakkan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya selepas penjualan model diesel ditamatkan.

Jika ada yang perasan Proace Verso dan Proace City Verso menyamai model lain di Eropah, jawapannya memang benar.

Kedua-duanya dikongsi dari van keluaran syarikat di bawah Stellantis. 

Penawaran terbaru ini juga menambah koleksi kenderaan elektrifikasi (hibrid dan hibrid plug-in) Toyota di UK seperti Yaris, Yaris Cross, Corolla dan C-HR baharu.

Proace Verso EV

 

Toyota Proace Verso Electric UK 2024
Toyota Proace Verso Electric UK 2024

 

Proace Verso Electric ditawarkan dalam versi Shuttle dan boleh dipesan mengikut badan sederhana (4,959 mm) atau panjang (5,309 mm).

Proace Verso Electric Shuttle dibuat untuk pelanggan yang memerlukan ruang dan tempat duduk untuk kegunaan kerja dan peribadi dengan muatan sehingga sembilan orang.

Kerusi boleh dilipat dan dijatuhkan untuk laluan yang mudah.

Kelengkapan asas terdiri daripada kerusi pemandu dengan larasan tinggi dan sokongan lumbar, tingkap berkuasa, cermin belakang gelap, bampar dan pembuka pintu warna badan.

Turut dilengkapi lampu besar dengan penderia gelap, lampu kabus depan, pengelap cermin dengan penderia hujan, cermin sisi dengan larasan elektrik dan pemanas.

Pintu belakang juga mempunyai pemanas dan sistem pengelap cermin. Untuk keselamatan, Toyota membekalkan beg udara sisi (curtain).

Sistem multimedia van terdiri daripada lapan pembesar suara dengan penala DAB dan navigasi satelit yang dipaparkan melalui skrin sentuh tujuh inci.

Sistem itu juga boleh dihubungkan dengan telefon pintar melalui  Apple CarPlay dan Android Auto.

Rangkaian kuasa Proace Verso Electric:

  • Motor elektrik 100 kW
  • Bateri litium-ion 50 kWj
  • Jarak pemanduan 230 km
  • Pengecasan pantas DC 10 - 80 % kurang daripada 30 minit
  • Mod pemanduan Eco, Normal, Power
  • Mod Power berkuasa 134 bhp/100 kW, tork 260Nm
  • Kelajuan dihadkan kepada 130 km/j
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam masa 12.1 saat
  • Mod Eco berkuasa 81 bhp/60 kW, tork 190Nm
  • Mod Normal berkuasa 107 bhp/80 kW, 210Nm

Proace City Verso EV

 

Toyota Proace CITY Verso Electric 2021 Eropah
Toyota Proace CITY Verso Electric 2021 Eropah

 

Model kompak ini dilengkapi lima tempat duduk dengan rangkaian kuasa sama seperti Proace Verso EV. 

Bateri litium-ion 50 kilowatt-jam (kWj) juga ditempatkan di bawah lantai untuk ruang dalaman yang lapang.

Toyota menawarkan empat jenis badan iaitu Shuttle dan Family dengan ukuran sederhana (4,403 mm) dan panjang (4,753 mm).

Proace City Verso EV Shuttle dilengkapi pengecas dalaman 11 kW, penyaman udara automatik, cermin belakang gelap, sambungan Bluetooth dan empat beg udara.

 

Toyota Proace City Verso Electric UK 2024
Toyota Proace City Verso Electric UK 2024

 

Model Famili lebih lengkap dengan skrin besar saiz sepuluh inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Turut dilengkapi penyaman udara automatik, rim aloi 16 inci dan sistem pra-pelanggaran.

Harga

Proace Verso EV

  • Badan sederhana: GBP42,998 (RM258,366)
  • Badan panjang: GBP43,488 (RM261,311)

Proace City Verso EV

  • Shuttle: GBP34,113 (RM204,974)
  • Family: GBP37,701 (RM37,701)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Proace City Verso Electric UK 2024
Toyota Proace City Verso Electric UK 2024