Lagi BMW E30 M3 milik Paul Walker untuk dijual

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelakon Fast and Furious, Paul Walker memang terkenal dengan koleksi kenderaan beliau.

Kematian beliau dalam kemalangan memang mengejutkan dan kenderaan-kenderaan milik pelakon itu mula dijual oleh keluarganya.

Kebanyakan dari koleksi itu sudah terjual dalam acara lelongan pada awal tahun ini, termasuk tujuh BMW M3 milik Paul.

Antara tujuh itu, lima ialah BMW E36 M3 Lightweight dan dua unit E30. Sekarang, satu lagi unit BMW E30 M3 yang didakwa milik Paul muncul di laman web eBay untuk dijual.

Menurut agen penjual tersebut, Seller Reserve Auto Group, harga bidaan untuk unit E30 M3 itu bermula dari RM654,000.

Sekiranya ia benar-benar milik Paul, harga itu dikatakan tepat kerana dua unit E30 milik Paul yang terjual Januari lalu berjaya meraih harga RM960,000 dan RM720,000.

Jika anda berminat, lawati pautan di bawah dan mulakan bidaan anda!

https://www.ebay.com/itm/1991-BMW-3-Series-M3-Paul-Walker-Collection-All-Original/264721719141?hash=item3da2a4df65:g:J6cAAOSwf1RenzqK

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Berita Global
Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan…
Berita Global
Ini kerana syarikat induk MINI, BMW telah meminta syarikat pengedar tersebut untuk berhenti…