Lagenda Sir Stirling Moss meninggal dunia 

oleh HEZERI SAMSURI|
Sir Stirling Moss, antara lagenda pelumba kereta dunia meninggal dunia di rumahnya di Mayfair, London pagi tadi pada usia 90 tahun.

Stirling sudah bersara dari majlis umum sejak Disember 2018 kerana masalah kesihatan yang melandanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau pernah dimasukkan ke hospital di Singapura selama 134 hari pada tahun 2016 kerana jangkitan dalam dada.

Sebelum itu beliau pernah patah kedua pergelangan kaki dalam tahun 2010 kerana kemalangan di dalam rumahnya.

 


 

 

Walaupun tidak pernah menjadi juara Formula 1 dunia, Stirling masih dianggap salah satu hero lumba kereta kerana kemampuan beliau untuk berlumba dalam pelbagai jenis kenderaan lumba dari tahun 1950-an hingga 1962.

Beliau memenangi 212 dari 529 perlumbaan yang pernah dimasukinya dan bersara dari menjadi pelumba profesional selepas kemalangan serius di Goodwood dalam tahun 1962.

Antara kemenangan popular beliau ialah Mille Miglia dalam tahun 1955 dengan Mercedes-Benz 300 SLR dan Le Mans tahun 1956 dengan Aston Martin DB3S.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada Mac 1963, model baharu diperkenalkan dan diberi nama Suzulight Fronte FEA. Sebaik sahaja…