Lagenda F1, Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun

oleh Mohamad Hanif|

Lagenda Formula One, Niki Lauda dilapokan meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan berita ini disahkan sendiri oleh ahli keluarga beliau semalam (20 Mei 2019).

Niki Lauda menjuarai kejohanan F1 pada tahun 1975 dan 1977 dengan jentera Ferrari manakala McLaren pula pada tahun 1984.

Pada tahun 1976, beliau mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika German Grand Prix, namun dengan semangat dan kecekalan beliau berjaya kembali untuk berlumba enam minggu selepas itu. 

Kisah beliau dan persaingan dengan James Hunt, pelumba dari Britain pernah diabadikan dalam sebuah filem 'Rush' yang dibintangi oleh Daniel Bruhl dan Chris Hemsworth.

Berehatlah dengan aman, Niki Lauda. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Hanya manusia yang benar-benar waras sahaja akan mempertimbangkan keputusan untuk membeli jentera…
Sukan Bermotor
Aston Martin Red Bull Racing dan Scuderia Toro Rosso telah memperkenalkan Energy Station - sebuah…
Sukan Bermotor
Sukan permotoran berprestij seperti MotoGP dan Formula One tidak pernah murah kos pelaburannya, dan…