Ladang solar terapung terbesar di dunia dilancarkan di Singapura

oleh SALINA JALIL|
Singapura telah melancarkan salah satu ladang solar terapung terbesar di dunia, meliputi kawasan seluas 45 padang bola sepak, sebagai sebahagian usaha negara itu untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau semalam.


Projek ini adalah yang paling bercita-cita tinggi di negara ini, terdiri daripada 122,000 panel solar yang akan menghasilkan tenaga elektrik mencukupi untuk menggerakkan lima loji rawatan airnya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Singapura adalah antara pemancar karbon dioksida per kapita terbesar di Asia dan kekurangan tanahnya menjadikan usaha untuk meningkatkan sumber tenaga boleh diperbaharui satu cabaran buat negara itu.

Negara itu akan memasang panel di pinggir pantai dan kawasan takungan bertujuan menggandakan pengeluaran tenaga solar pada 2025.

 

Ladang baru ini dapat menghasilkan tenaga elektrik hingga 60 megawatt, berupaya mengurangkan pelepasan karbon yang setara dengan pelepasan gas dari 7,000 kereta di jalan raya, menurut Sembcorp Industries dan agensi air nasional, PUB.

Sembcorp membina projek itu, seluas kira-kira 45 hektar, dengan sokongan daripada agensi berkenaan.

 

"Tenaga solar banyak, bersih dan hijau, ia kunci mengurangkan pelepasan karbon di Singapura," kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee.

 

Singapura juga sudah membangunkan sebuah ladang solar di Selat Johor, yang memisahkan negeri pulau itu dari Malaysia.

 

Kerajaannya pada Februari melancarkan 'pelan hijau' yang merangkumi langkah-langkah seperti menanam pokok, mengurangkan sampah yang dihantar ke tapak pelupusan dan membina lebih banyak stesen pengisian untuk mendorong penggunaan kereta elektrik.

 

Singapura berjanji mencapai sifar pelepasan karbon sepenuhnya secepat mungkin pada separuh kedua abad ini.

 

Pengkritik menyatakan tujuan negara itu jauh untuk mengiringi pencapaian di negara maju yang lain dan ia masih jauh untuk mencapai cita-cita persekitarannya.

 

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
Ladang solar terapung ini dikendalikan oleh Sunseap Group, dan mengambil masa hampir setahun untuk…