Lada Vesta Sport - sedan segmen C berkuasa 145 PS dan transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada konsep SUV 4x4 Vision yang pernah kami siarkan sebelum ini, pembuat kenderaan daripada Rusia itu juga mempunyai sebuah lagi model yang diperkenalkan bersempena Moscow Auto Show.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sedan ini digelar Vesta Sport, kereta segmen C yang dinaiktaraf daripada model Vesta standard dan menerima beberapa kemas kini termasuklah bumper hadapan yang lebih sporty, arca roda yang lebih lebar, bumper hadapan yang diakhiri dengan tip ekzos berkembar krom, diffuser dan juga spoiler trunk-lid. 

 


Selain daripada itu, Vesta Sport juga didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci bersama tayar profil rendah, pelindung cermin sisi berwarna hitam berkilat, serta lencana Sport berwarna merah. 

 


Manakala bahagian dalaman pula menampilkan penggunaan tempat duduk jenis sports seat yang dibaluti bahan kulit artifisial dan Alcantara, stereng dengan penanda jam 12 berwarna merah, pedal aluminium dan kemasan gentian karbon palsu pada bahagian papan pemuka dan panel pintu.


Tidak seperti beberapa pengeluar yang menghasilkan versi Sport pada rupa sahaja, Lada mendatangkan enjin 1.8 liter NA yang mampu menghasilkan 145 PS dan daya kilas sebesar 182 Nm, membolehkan ia memecut sepantas 9.6 saat dari pegun sebelum mencecah kelajuan 100 km/j dan halaju maksimum 193 km/j, terima kasih kepada kotak gear manual lima kelajuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lada 4x4 Vision menampilkan bahasa rekaan yang berani dan menonjol, dan ini dapat dilihat menerusi…