Lada Granta Camper - camper truck bajet rendah mampu milik

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketika penulis terserempak dengan artikel berkenaan Lada Granta Camper, penulis serta merta teringatkan kepada Proton Arena yang sehingga kini masih liat harga jualan pasaran terpakainya.

Manakan tidak, sebuah model trak pikap unibodi yang sudah tamat produksinya pada tahun 2009 masih lagi kekal pada paras harga melebihi RM20 ribu. 

Satu angka yang sukar dikecapi oleh mana-mana model terpakai Proton era kerjasama dengan Mitsubishi, dan sambutan semasa hayatnya yang cukup menyedihkan di pasaran tempatan. 
 


Sebenarnya, penulis ingin saksikan bagaimana bakat tempatan menterjemahkan idea camper pada sebuah Proton Arena. 

Salah satu idea yang boleh ditiru adalah menerusi model Lada Granta Camper yang dibangunkan oleh Lux-Form yang berpengkalan di Moscow. 

Jika diperhatikan, anda akan menyangka ia sebuah Lada Granta, sebuah kereta dalam segmen B, namun Lux-Form menggunakan Lada Granta versi trak pikap yang hadir dengan rangka di bahagian bawah untuk model camper ini. 
 


Dengan kehadiran rangka, ia lebih memudahkan kerja-kerja membina bahagian belakang lengkap dengan sistem suspensi spring dan secara keseluruhannya mempunyai dimensi panjang kira-kira lima meter. 

Menurut Lux-Form, rekaan kompak Lada Granta Camper ini mampu memuatkan dua orang dewasa untuk aktiviti liburan luar bandar dengan bajet yang mampu milik.

Ia termasuklah binaan dapur dengan ruang memasak tunggal, sinki, almari baju, tandas tangki propane (gas memasak) dan tangki air 70 liter dengan pemanas terbina dalam. 
 


Harga jualan bagi seunit Lada Granta Camper bermula dari $17,500 sehingga $27,500 (RM73,363 - RM115,284) bergantung kepada aksesori yang diminta oleh para pelanggan. 

Berbalik semula kepada Proton Arena tadi, kenapa harganya masih liat tidak turun-turun sehingga sekarang??

Sumber: Motor1