Lada 4x4 Vision Concept - bukti Lada kini semakin menyengat

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Moscow Motor Show 2018, kita dapat melihat beberapa buah kenderaan konsep yang cantik, dan salah satunya adalah Lada 4x4 Vision Concept.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Lada 4x4 Vision menampilkan bahasa rekaan yang berani dan menonjol, dan ini dapat dilihat menerusi rekaan front fascia yang berbentuk huruf X pada bahagian lampu sebelum diteruskan kepada bahagian yang lain, bumper ala-ala Dynamic Shield Mitsubishi, perlindungan pada bahagian bawah kenderaan dan juga rim sebesar 21 inci. 

 


Keberanian rekaaan yang cuba ditampilkan ini diteruskan pada bahagian dalaman dengan penggunaan warna jingga terang yang diselangi dengan kemasan kelabu dan aluminium. 

 


Lada juga dilihat mengikuti perkembangan teknologi semasa apabila menampilkan ciri seperti skrin paparan infotainmen yang diikuti oleh kawalan suhu dua zon, paparan meter digital, bantuan pencahayaan suram, dan bumbung suria panoramik. 
 


Lada tidak menyertakan sebarang maklumat berkenaan sistem pacu kuasa (enjin) yang bakal dibekalkan pada 4x4 Vision ini, namun memberitahu SUV ini bakal menerima transmisi automatik dengan nisbah gear tinggi dan rendah bagi membolehkan pengguna meredah laluan off-road dengan mudah. 
 


"Menerusi Lada 4x4 Vision Concept, kami dapat menunjukkan potensi sebenar model-model keluaran Lada pada masa akan datang dengan rekaan yang unik, ekspresif, berani dan bertenaga," ujar pengarah rekaan Lada, Steve Mattin. 

Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa 4x4 Vision Concept mungkin merupakan model pengganti buat Lada 4x4 Niva yang sudah agak lama berada di pasaran. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah kekurangan komponen menyebabkan syarikat pengeluar Lada kini memperkenalkan sebuah varian…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto News, Renault mempunyai 68 peratus pegangan di dalam pengeluar…
Berita Domestik
  Menurutnya, antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu ialah China, Arab Saudi, United…