Laci rahsia untuk trak pikap

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun ia tidak begitu popular di Asia Tenggara, inovasi tempat penyimpanan di bahagian belakang trak pikap bukanlah sesuatu yang baharu di US dan di Eropah.

Ada juga pembuat kenderaan yang memang menawarkan tempat simpanan senapang berkunci di panel belakang trak pikap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, sebuah syarikat pembuat barangan adventure dari Switzerland, Black Sheep Innovations telah membuat satu modifikasi yang memang bijak - laci simpanan barangan yang disorok pada lampu belakang.

Lampu belakang itu boleh menggelungsur ke belakang untuk membenarkan akses kepada laci atau rak botol yang panjang.

Contoh yang kami lihat di laman web syarikat itu ialah untuk trak pikap Volkswagen Amarok.

Dinding tempat barang trak pikap memang kosong dan sangat berguna jika ia boleh digunakan.