La Moto Volante - motosikal 'anti-graviti' dengan empat enjin jet

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang yang suka imaginasi tinggi, penulis sebenarnya suka membayangkan sebuah kenderaan yang mampu meniru motosikal fiksyen yang terdapat dalam siri Kamen Rider Kabuto, di mana watak utamanya mampu terbang melawan tenaga graviti bumi sekiranya mod Cast Off diaktifkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedengaran agak mustahil, namun anda mungkin akan berubah fikiran setelah melihat konsep yang dipertontonkan oleh pembuat motosikal kustom dari Perancis, Ludovic Lazareth ini. 

 


Digelar sebagai La Moto Volante, ia merupakan sebuah motosikal dengan empat buah tayar yang dilengkapi enjin jet setiap satu.

Untuk mengaktifkan mod terbang, keempat-empat tayar tersebut akan 'dilipat' ke atas untuk memberikan ruang kepada enjin jet beroperasi, sementara motosikal itu duduk di atas platform khas. 
 


Dengan muncung ekzos dihalakan ke bawah, ia mampu menghasilkan daya tujahan yang secukupnya untuk menggerakkan motosikal ini ke mana sahaja. 

Menurut Lazareth, La Moto Volante ini akan dilancarkan pada 31 Januari tahun hadapan, bersama denga spesifikasi lengkap dan demonstrasi bagaimana motosikal ini mampu terbang dengan betul.